odeyh

odeyh

Sunday, June 30, 2013

musibah dari yang maha kuasa

assalamualaikum,

cerita kali ni mungkin sedikit berbeza dari post yang sebelom ini, kali ni mungkin aku datang dengan post yang lebih matang. sebab sekarang semua nya sudah berubah. kisahnye bermula pada minggu pertama aku exam pada tanggal 13 hrb 6. aku mungkin orang paling sedih saat ini, saat yang aku rasakan begitu genting yang mana saat untuk mula menduduki exam final dan pada saat ini juga orang yang sangat aku perlukan iaitu mama aku mengilangkan diri. ini lah kali pertama aku kene berjuang sendiri, tanpa kata2 semangat yang selalu mama bagi sebelom exam. tapi aku sangat percaya sebenarnya semangat mama dgn abah ni selalu dekat dihati, dorang x pernah berhenti kirimkan doa, jadi secara zahirnya aku kene jadi seorang yang gagah, walaupon hakikatnya aku x sebegitu. tapi Alhamdulillah sepanjang exam aku ditemani sahabat2 yang bagi aku ibarat adik beradik aku sendiri, terima kasih cai, shakir, ehsan, irfan, jawad dan lain2. pada saat paper terakhir aku pada tanggal 19 hrb 6, hati ku mula tidak sedap hati dengan pelbgai hal, aku terpaksa membodohkan diri dan hanya mampu berdiam sahaja tinggal di serawak ini hingga 26 hrb 6 sedangkan aku yakin mama dengan abah amat memerlukan aku disisi.

setibanya aku di rumah bertemankan irfan dan awang, terlalu ketara yang sedang berlakunye perubahan dalam keluarga aku ini. semua ini menjadi tanda tanya. ape yang sedang berlaku?? ini kah punyanya yang membuatkan aku rase x sedap hati. bile diperhatikan semula sepanjang perjalanan pulang dari airport ke rumah mama berdiam diri sahaja, hanya tasbih dingan yang menemankan mama. aku gelisah sebenarnye bila lihat mama begitu, selalunya kalau balik dri airport sahaje, macam2 yang mama tanyakan solan kuliah ku, tapi kalini begitu berlainan. aku terpaksa pendamkan tanda tanya itu sementara awang dan irfan ade dirumah. hari dilalui seperti biasa, sehinggalah semalam semuanya berakhir. irfan dan awang telah pon pulang ketempat masing2.

saat ini mula lah aku memberanikan diri untuk tanya mama ape yang sedang berlaku sebenarnya. pada mulanya mama hanya menjawab dengan tangisan air mata. keudian barulah mama menceritakannya. dan pada akhirnya aku hanya dapat mengiyakannya dengan titisan air mata juga. sekarang aku sedar keluarga aku telah ditimpa satu musibah yang cukup besar. akhirnya ape yang menjadi tanda tanya terjawab juga. aku hanya dapat berpesan pada mama agar bersabar. melalui pengelaman aku, dahulu aku juga pernah ditimpa musibah yang sangat besar dalam diri aku ini, aku belajar dari situ, setiap musibah atau masalah yang Allah turunkan ini ibarat sebuah mangga kunci, masalah ini ibarat mangganya dan setiap mangga ade kuncinya, begitu jugak dengan masalah, setiap masalah yang berlaku pasti ade jalan penyelesaiannya. perkara ini cukup meyakin diri aku, dalam salah satu kuncinya adalah berbalik pada yang maha esa. alquraan merupakan jalannya. insyaAllah ia akan membantu.

buat masa ini aku tidak dapat menceritakan lagi apa masalah yang sedang berlaku. adalah menjadi harapan yang tinggi bagi aku agar anda semua dapat titipkan doa agar keluarga aku selamat sejahtera. akhir kata, walau ape pon yang berlaku, seburuk mana keluarga aku, aku tetap menghargai dan menyayanginya. sebab keluraga ini ibarat sesutu yang cukup bernilai yang Allah telah titipkn buat semua hambanya insyaAllah.

                                                                                                                                                    wasalam.

No comments:

Post a Comment