Ya. Aku cuba bermadah. bermadah dari pandangan kaca mata seorang lelaki. Bagiku, realiti itu sesuatu yg sukar ditelan tapi mudah untuk diluahkan. Sama seperti ayat-ayat cinta. adalah normal bagi remaja seperti ku untuk mencuba bende baru terutamanya cinta. aku akui sekarang diriku mungkin dalam angin percintaan. Di sini, aku cuba kaitkan cinta dengan kehidupan seorang lelaki. Ramai lelaki malu untuk memperkatakan tentang cinta, malu ataupun ego itu lah masalah diri ku. Bukan malu sebenarnya tetapi lebih kepada sifat keegoan dalam diri sendiri. Ya. Perkataan ‘ego’ lebih sesuai digunakan.aku akui diriku seorang lelaki yang penuh keegoan. Ego untuk meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati sendiri. Kebanyakan lelaki begitu tetapi tidak bermaksud kesemua lelaki bersifat sedemikian. Malah, ada sesetengah orang meluahkan rasa cinta kepada seorang wanita melalui lagu. Search dengan lagu ‘Isabella’nya. Kris dengan ‘Tiara’. Exists dengan ‘Jesnita’. Mega dengan ‘Nina Karina’. Cukuplah sekadar menyebut beberapa contoh. hohoho ak bukan lah seromentik tu. Jadi, aku perlu buang sifat ego itu. Usirkan sahaja ego itu dari diri ini. Agar ianya tidak terus bersarang di hati. Dan tidak perlulah menjadi hipokrit. Menipu diri sendiri demi mempertahankan ego. Kita dijadikan berpasang-pasangan. Jadi, luahkan rasa sayang pada orang tersayang. Cetuskan rasa rindu. Sebarkan rasa cinta. Tapi ini semua perlu diluahkan dengan niat yang betul.
Cinta dari perspektif lelaki adalah berbeza dengan wanita. Ya. Setiap individu berbeza citarasa. Dan kecantikan seorang wanita itu adalah sesuatu yang subjektif. Ada yang suka pada rupa paras. Ada yang memandang budi pekerti. Ada yang suka pada bentuk badan yang seksi. Dan tidak kurang juga memandang darjat serta harta benda. Citarasa ku? jusahlah ditanya. Entahlah. Tepuk dada, tanyalah iman sendiri. Buatlah pilihan yang tepat dan bersesuai dengan jiwa sendiri agar tidak menyesal di kemudian hari. Ingatlah. Seorang lelaki sepatutnya melakukan apa yang patut dilakukannya. Sekadar satu pesanan ringkas untuk diri sendiri. Pesanan ringkas sewaktu aku masih mampu berfikiran waras dan masih diberi kelapangan oleh Allah.
Bercinta itu tidak salah. Tetapi janganlah terlalu obses dengan cinta. Hingga sanggup melakukan apa sahaja semata-mata kerna cinta. Sanggup mengalirkan air mata berhari-hari kerna gagal dalam bercinta. Sanggup menggadaikan maruah demi cinta. Dan pelbagai lagi kesanggupan dalam mengejar erti sebuah percintaan.“Cinta hanyalah cinta… Hidup dan mati untukku…” Itulah petikan ungkapan dalam sebuah lagu yang bertajuk ‘Tentang Seseorang’. Salah satu lagu dari soundtrack filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ yang cukup aku minati. Agak drastik lirik lagu itu. Terlalu memuja cinta. Cinta sesama manusia. Sebagai seorang Muslim, cinta kepada Allah S.W.T. adalah yang paling utama dan perlu didahulukan. Bagi ku seorang lelaki yang sedih kerana gagal dalam percintaannya adalah daus dan sangat lemah kerana tidak berbaloi pun kite lelaki tangiskan cinta. Allah tu tahu apa yang terbaik bagi hambanya.
alaaa...panjangnya posting.....kita baca lain kali lah ye...
ReplyDeleteto beloved by someone is something..
ReplyDeleteto beloved by someone we loved is exciting..
BUT,
to beloved by ALLAH is everythng..
but,as a human..LOVE is a common thing,i mean.'Fitrah Manusia'..
semoga kita semua m'dapat jodoh yg terbaik dlm redha Illahi,insyaAllah <3
kak na: haha penat oeng taip entry nie.. bkn selalu nk post bnde jiwang2 nie...
ReplyDeletealina: amin, the best love is love from allah.. n allah know what is best for hambe die...